Perjalanan Hidup
Posted on Sunday, April 14, 2024 @ 4:50 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum

“Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa?” [Taha, 20: 9]

Saya pasti ramai yang mengetahui antara kisah famous dalam Al-Quran iaitu kisah hidup Musa a.s.

Dalam satu daurah ketika di awal tarbiyah dulu, sebahagian Surah Taha ini diceritakan kepada saya dan kawan-kawan tentang bagaimana Allah sendiri menyusun atur dan men-design perjalanan hidup Musa a.s seawal dari lahir untuk mempersiapkan Baginda menjadi pembawa risalah-Nya.

Dan sejak dari malam itu, kisah ini memberkas di hati saya.. hingga ke saat ini.
Kerana saya merasakan perkara yang sama yang Allah lakukan kepada saya, seawal dari saya kecil,
hingga ke saat ini.


Saya bukan tidak pernah menjejakkan kaki di tanah Al-Haram.
Tetapi saya tidak pernah menumpahkan air mata di tanah Al-Haram, melainkan setelah saya mengetahui sejarahnya, iaitu pada kali kedua saya menjejaknya di saat saya sudahpun disapa tarbiyah.

Saya bukan tidak pernah menjejakkan kaki di tanah Eropah.
Tetapi saya tidak pernah menumpahkan air mata di tanah Eropah, sehinggalah setelah saya mengetahui sejarahnya, iaitu pada kali kedua saya menjejaknya di saat saya sudahpun disapa tarbiyah.

Sejarahnya.. yang menghidupkan hati yang mati.

"Sejarah adalah tentera Allah yang menguatkan hati."
[Imam Abu Qassim al-Junaid]

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul). [Ali Imran, 3: 137]



Ia bermula dengan pujukan kakak sulung saya untuk kami beraya di tempatnya.
Katanya asyik dia saja yang pulang ke Malaysia, tahun ini kamilah pula ke tempatnya.
Dan mak ayah bersetuju.

Pada awalnya, kakak sulung saya mengajak kami berjalan-jalan di negara di sekitar iaitu Austria-Hungary. Seperti biasa, saya sebagai anak bongsu yang bermastautin jauh, mestilah tidak tahu apa-apa berkenaan ini. Sehinggalah mak saya khabarkan kepada saya. Dan saya terdiam, belum memberi jawapan. Memikirkan dengan dalam. ‘Mestilah lama ni,’ getus hati.

Mestilah perlu memikirkan dengan teliti. Kerja hakiki kita adalah menjadi daie dan murobbi. Bagaimana tarbiyah kita nanti? Bagaimana dakwah kita nanti?

Jawapan masih belum diberi sehinggalah saya bertanyakan pendapat murobbi saya sendiri.
“Pergilah,” kata murobbi ringkas. Menyantuni keluarga, adalah cara yang memudahkan untuk mendakwahi keluarga. Kan kerja hakiki kita adalah daie dan murobbi.


Pada masa yang sama, serangan Negara Haram Israel ke atas Gaza semakin mengganas dan dunia mulai membuka mata untuk memboikot Zionis dan sekutunya.

Beberapa hari kemudian, kakak sulung saya menyatakan hasrat untuk kami menukar destinasi pelancongan. “Austria Hungary tu pro-israel tu. Kita tukarlah tempat.” Saya menurut saja. Tidak terlalu into atau excited. Sehinggalah kakak kedua saya mencadangkan,

“Kita pergi Andalusia lah.”

Dan kakak sulung saya bersetuju. Ayah dan mak pun setuju.


Apa? Semudah itu?
MasyaAllah. Susunan apa yang Engkau atur ni.

Bermulalah siri jaulah yang Allah sendiri aturkan.
Dan bekal yang akan Allah datangkan



Diari
Posted on Sunday, April 26, 2020 @ 4:55 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum


Mulai hari ni, blog ni menjadi medium diari aku menulis bait-bait kisah hidupku bersama Dakwah dan Tarbiyyah.

Telah banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir 3 tahun ditarbiyyah.

Bahkan, ketakutan aku yang pernah aku ungkapkan dahulu, menjadi kenyataan sekarang yang perlu aku hadapi.

Dan hakikatnya, memang akan aku hadapi juga macam mana pun. Kerna hidup ini bukan hidupan di Syurga yang bisa bersenang lenang tidak punya ujian yang Allah uji.


Ketakutan apa itu?



Takut di-bash orang.
Haha.



Kena bash sebab buat kebaikan.

Disebabkan kita mengajak kepada kebaikan, di-bash-nya kita, emm...aku.


Pernah dulu taknak involve dengan apa-apa yang berkait dengan jadi seseorang yang buat amar makruf nahi mungkar. Aku pernah luahkan rasa aku yang ini kepada kawan aku,
dan ada beberapa patah kata daripada dia yang membuat aku menyesal pulak aku cakap macam tu sebelumnya.

Tak ingat dia cakap apa, tapi, ia sangat memberkas. Yang lebih kurang macam, kan benda tu benda baik, tak payah la nak elak-elak. Kalau dah dapat, terima je la.
Something like that.


Betul je apa yang dia cakap.
And aku berterima kasih sangat pada dia yang mengucapkan kata-kata tu,




Hari ni, ada satu kejadian yang agak mencucuk-cucuk hati aku.

Mestilah ia melibatkan kerja-kerja dakwah kalau dah dalam jalan D&T ni.

Nak tahu apa?

Dakwah family.
Haha.


Memang ah kan.. mahu tak dicucuk-cucuknya hati kalau dakwah kita tu ada yang kritik/tolak/perlekehkan or whatsoever yang adik-beradik kepada tidak terima ia dengan lapang dada.


Sedih tu sedih la.
Kena bash kot. Dengan family sendiri.
Rasa dicucuk-cucuk tu sampai hampir melemahkan azam, tekad dan semangat aku nak meneruskan lagi kerja-kerja dakwah aku kepada family.

Tapi bila teringatkan kisah-kisah Nabi terdahulu macam mana mereka diuji, berganda lagi dahsyat.
Bahkan, aku, baru permulaan ni. Baru percubaan.

Hakikatnya, inilah liku-liku jalan dakwah. Akan ada je yang menentang. Baik mereka yang paling dekat mahupun yang paling jauh.
Dan hidayah tu hanyalah milik Allah satu-satunya.
Moga-moga Allah sudi menganugerahkan hidayah dan taufik-Nya kepada orang sekeliling aku.


Bila jadi macam ni, hati sedih, cuba je la motivate diri sendiri supaya tak sedih, supaya alah lek-lek je lahh.. tapi hampir-hampir gak nak nangis. Biase lahh, budak baruu lagi dalam liku-liku jalan dakwah ni haha. Tak pernah kena tentang dahsyat-dahsyat lagi, ginilahh~

But you know what, the best part is, bila hati sedih macam ni, bila dengar ayat-ayat al-Quran, subhanAllahh, bestttt sangat. Rasa sangat it soothes my heart

Huu~ Nak nangis... Nangis terharu.
Terharu dengan Allah
Touching dengan Allah.


Sebab tu lah kot eh wujudnya liku-liku ni supaya feeling dengan ayat-ayat Al-Quran lagiiii meresap ke dalam hati.


Eh pastu pastu lupa pulak,
Ngadu kat murobbi sebab secara tiba-tiba tepat pada masa pulak dia tanya tengah buat apa tu
Aku pun mengadu la pasal ni~
Pastu murobbi bagi motivation huhuuu nak nangis gakkkk. Touching~


Dah la, tak larat nak fikir dah nak tulis apa lagi. Nak cerita kisah hati sedih je.


Sekian, hati yang sedih insyaAllah sedang kembali pulih.

26/4/20

TARBIYYAH
Posted on Tuesday, September 24, 2019 @ 1:09 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum





When you're in this DnT,

Tarbiyyah Allah nak bagi tu kebanyakannya direct je.





Allah has showed me,
A few things.


Bahwa hasil yang dikejar-kejarkan tu, bukan solely daripada usaha jasadi kita, usaha material semata.

Tapi usaha antara kita dengan Dia.

Usaha dalam membina hubungan yang baik dengan Dia.


Bagaimana performance tahajjud, doa, solat, bacaan Al-Quran?





Apabila tanggapan bahwa usaha materials dan jasadi saja sudah memadai memenuhi benak fikiran,
Allah tunjukkan kebenaran yang hakiki. Bukan semata itu.


Kesemua tanggapanku meleset,
tatkala hasil yang dicari ditarik kembali,
beralih arah,
terlepas daripada telapak tangan.




.

.

Akhirnya aku mengerti.

Ia bukan semata usaha duniawi.



Another cita-cita
Posted on @ 12:23 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum




"Saya ni sebenarnya banyak je struggles dengan manusia..
Walaupun akak rasa saya ni macam takde masalah pun dengan orang—"



"Takdelah, akak tak cakap awak macam tu"




Diam.
"Ok, bukan akak tapi orang lain la," aku sambung.






Kakak tu, aku selalu impressed dengan dia.

She's different. Somehow, she's an understanding person. Somehow, it's like, she had that psychology knowledge.

Tak sama macam yang lain.





Sebenarnya, aku sedih la jugak sikit. Tapi benda kecik je la. Tapi benda kecik pun, kalau masa tu dalam masalah and perlukan pertolongan tapi orang tak understanding sangat, boleh jadi besar jugak.

Aku ni, orang nampak aku pandai je handle bab2 beramah mesra dengan orang lain, pandai 'DF', pandai sembang2, pandai nak masuk dengan orang...



But behind that, I'm not actually like that all the time.
Ada la pushing factor yang lain yang membuatkan aku terkadang boleh je nak buat semua benda tu spontaneously, or willingly or naturally.

Tapi ada jugak sisi-sisi yang, aku tak mampu pun dalam beberapa perkara.

Dan bila nak luahkan masalah tu, tak lain tak bukan, selain sesaja nak curhat, perlukan bantuan dan penyelesaian sebenarnya.

Tapi, those people mesti macam, "Ehh, ye laaa tu awak tak pandai. Akak tengok awak ok jeee"



Em.


Tak mampu nak cakap; 'you don't really know me'.

Tapi, apa boleh buat...



Ye lah, betul je kadang-kadang kita mampu je tapi disebabkan limitation yang kita letakkan tu, kita rasa macam kita tak mampu tapi sebenarnya kita mampu je.



But, things don't always turns out like what we wanted or we expected.



It's the situation that differs. That I'm struggling with.



Tak tipu, rasa nak nangis pun ada dengan benda kecik tu. Hahah.





Back to the topic— impressed macam mana kakak tu sees things. Dia tahu macam mana nak memahami, dan cuba memahami. Macam mana nak DF orang macam tu, orang macam ni.

Mungkinlah jugak daripada faktor pengalaman tajmik dia. Who knows.




Bermula aku betul-betul mengenali dia, aku pasang tekad, I'll be like her, someday. I wanna be like her; keperibadian dia.


She has the ability to comfort people.



And I want that ability as well.


Bukanlah semata hanya mahukan kebolehan itu.




Tapi kemahuan itu adalah untuk mereka

Ummat.




Bukankah hidup kita untuk ummat ini? Ummat Rasulullah.



BANGUN
Posted on Sunday, January 6, 2019 @ 8:34 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum





Menzalimi diri sendiri.




Terlalu takut akan hasil; tugas Allah
Hingga melupakan ketakutan atas kelalaian kewajipan sendiri


Terlalu memikirkan beratnya tanggungjawab
Hingga melupakan indahnya keberhasilan pada suatu hari yang dijanjikan kelak







Tuhanku, kezaliman apakah yang telah aku timpakan ke atas diriku sendiri ini?



Penat sudah aliran air mata dikerahkan

Penat sudah hati merasakan kesesakan

Penat sudah wajah kemerahan





Mengapa tega melukakan diri sendiri?




Mengapa teganya diri melupakan janji-janji dan ayat-ayat cinta-Nya?






Ke mana hilangnya keyakinan yang dibina itu?
Ke mana hilangnya keteguhan yang dipacakkan itu?
Ke mana hilangnya cita yang diazamkan itu?






Mengapa diri hanya mementingkan tangisan mata hati sendiri

Namun, membiarkan tangisan ummah yang tidak henti-henti memanggil dan mengharapkan hasil pentarbiyyahan diri yang bakal menyelamatkan mereka nanti?




Fuzah,


Andai punya masa kau terjatuh,
Usah lama berduduk memikirkan malangnya nasib
Usah lama tertunduk menghakimi kelemahan hati dan jasadi
Seberapa lama kau mahu tetap berduduk-duduk?
Bangunlah membela diri
Bangunlah membela ummah ini
Bangunlah, hancurkan kebathilan ini
Bangunlah, menepis hasutan iblis si musuh abadi



Masa tidak pernah menunggu kamu
Masa tidak pernah memberi belas kasihan mengembalikan dirinya semata untuk kamu



Sudah berapa lama kau tertunduk bisu?

Mahukah begitu hingga tamat tempohnya?



Fuzah,

Lupakah akan janji-janji Allah?

Lupakah akan kisah-kisah perjuangan terdahulu?

Lupakah akan cita-cita Syurga kamu?





Lupakah kamu, bahwa semua ini adalah tarbiyyah daripada Allah untuk kamu?




.

.

.

.

.


Menangislah semahumu

Sebaik sahaja air mata dikesat, jalankan tugasmu.

Hingga selesai.